Aina Emir

Penglipur lara, itulah jawatan yang disandang sekarang setelah berkhidmat selama 17 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai seorang Pegawai Latihan. Beliau suka bercerita walaupun semasa kanak-kanak beliau seorang yang pendiam. Suatu ketika dahulu, dia juga suka membaca sungguhpun pernah berdepan dengan kepayahan untuk mengenal huruf ketika berumur tujuh tahun.

Aina Emir, nama samaran yang diguna ketika munulis karya-karyanya. Dia mempunyai ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya dan ijazah Sarjana dari University of Liverpool dan karya pertamanya, Sesuci Cinta, diterbitkan pada tahun 2003.

Selain daripada nama samaran 'Aina Emir', beliau juga menggunakan nama samaran 'Lea Mansur' dan 'Jenna Jehan'.

Beliau pernah mendapat Anugerah Buku Bitara MBBY 2007 anjuran Majlis Buku Kanak-kanak dan remaja Malaysia untuk buku Rahsia Bukit Residen.

Selain daripada menulis, Aina Emir juga melibatkan diri dengan program-program bimbingan untuk penulis dan bakal penulis dan aktif dalam membantu pihak kementerian pendidikan dalam hal penulisan kreatif dan hal-hal inspirasi. Beliau sering dijemput untuk berinteraksi dalam seminar, perbincangan dan bengkel anjuran universiti-universiti tempatan dalam bidang penulisan kreatif dan berkaitan.

Kini, beliau mula berkarya melalui e-book, bercerita tentang perkahwina n. Dicedok dari pengalaman yang dilaluinya, Aina emir ingin berkongsi rasa dengan mereka yang berasaskan bahawa 'perkahwinan' bukan sesuatu yang mudah diuruskan.

 

E-Book Pertama bertajuk 'Hingga Akhir Hayat''

Setelah sekian lamanya beliau berkarya secara penulisan fizikal, kini beliau telah mula berkarya melalui e-book dan karya pertamanya mengisahkan tentang perkahwinan yang bertajuk Hingga Akhir Hayat. Terdapat pelbagai kisah dan tips yang amat berguna pada kita untuk dijadikan sebagai panduan sebelum dan selepas perkahwinan yang boleh diperolehi dari karya beliau. 

Buku ini terdapat 3 segmen. Segmen yang pertama mengisahkan tentang 'Pra Perkahwinan'. Secara ringkasnya ia mengisahkan tentang alam permulaan untuk mencari jodoh atau tempoh bercadang ingin berkahwin. Segmen kedua pula mengisahkan tentang 'Peringkat Awal Alam Perkahwinan' dimana ianya mengisahkan perkongsian hidup antara pasangan setelah berkahwin dan segmen yang terakhir mengisahkan tentang 'Alam Rumahtangga' yang harus diketahui oleh semua golongan untuk memperolehi sebuah keluarga yang bahagia.

Hingga Akhir Hayat adalah satu cerita fakta yang menarik untuk dibaca oleh semua golongan, tidak kira muda mahupun tua. Ianya mempunyai unsur-unsur nasihat dan cadangan untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga. Sangat berguna untuk dijadikan panduan bagi bakal pengantin dan ibubapa yang menginginkan kebahagiaan perkahwinan untuk anak-anak mereka.

Buku ini berbentuk digital dan ianya mudah untuk diperolehi di laman web iDya.


KLIK DI SINI UNTUK KE LAMAN WEB iDya

WWW.IDYA.COM.MY


ainaemir_hah

 


Antara Koleksi Novel Aina Emir

bbk_kecil gse_multipart9803 gse_multipart9806 gse_multipart40344 Terbanglah Sayang  matahariku

hkb_cover Kompilasi Novel Nostalgia  selamat malam kekasih1  nama aku n  pili_web  Seharum_Kasih__A_4d5dda12075e9

 

Senarai Karya Aina Emir

  • Buku Dokumentasi
  • Novel Dewasa
  • Novel Remaja / Thriller
  • Novel Awal Remaja
  • Nopen
  • Skrip Drama
  • e-Book
 
paydayinn | Outlook Web App